Skip Navigation

Utama

New Page 1


   


Assalamualaikum w.b.t,


Terima Kasih kerana mengunjungi bannerkahwin.com, kehadiran anda amatlah kami alu-alukan. Sebagai penghargaan kepada kunjungan anda, kami ada menyediakan beberapa rekabentuk banner kahwin yang boleh dimuat turun secara PERCUMA!. Hanya dengan satu syarat, anda boleh menggunakan rekabentuk tersebut untuk majlis anda, syaratnya ialah kami merayu kepada anda supaya tidak membuang logo 'bannerkahwin.com' yang terletak di penjuru banner tersebut. Sekiranya anda menghargai apa yang kami berikan, maka dengan berbuat demikian adalah tanda penghargaan anda kepada kami.

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan anda, kami turut tampil dengan reka bentuk banner premium yang boleh diperolehi dengan kadar harga amat berpatutan. Pakej premium bannerkahwin bermula dengan harga terendah iaitu dari pakej Hati Budi - RM35, Tautan Hati - RM65, dan Ikatan Cinta - RM83. Sebagai makluman, pakej yang kami tawarkan adalah untuk 'artwork' atau rekabentuk sahaja dan bukannya banner siap dicetak.


Sekiranya anda berminat untuk memiliki reka bentuk premium daripada kami, berikut adalah langkahnya :

1. Pilih rekabentuk pilihan, dan klik beli, isi semua maklumat yang diperlukan.
2. Buat bayaran dan emailkan butiran bayaran berserta gambar pasangan kepada kami.
3. Dalam tempoh kurang dari 48 Jam (Hari bekerja), kami akan menghantar kepada anda URL/Alamat untuk anda muat turun rekabentuk tersebut.
4. Anda muat turun rekabentuk digital tersebut dan bawa ke kedai mencetak banner untuk dicetak di kawasan anda. Saiz adalah menepati saiz sebenar dan tiada perubahan perlu dilakukan oleh pihak kedai.
5. Tempahan rekabentuk = 2 Hari, Pencetakkan banner = 3 Hari, jadi anda boleh siapkan banner premium anda kurang daripada seminggu.


Kami menyedari terdapat beberapa kedai pencetakkan banner yang mengambil kesempatan di atas 'artwork' yang dibawa oleh pelanggan mereka dengan mengubahsuai rekabentuk tersebut untuk digunakan oleh orang lain yang merupakan pelanggan mereka seterusnya. Ini bukan sahaja menjejaskan perkhidmatan kami, malah turut menjejaskan kredibiliti pelanggan kami yang menggunakan rekabentuk tersebut. Oleh yang demikian, kami mengutuk tindakan ini dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit.


TERIMA KASIH
kerana berkunjung dan menggunakan perkhidmatan rekabentuk premium kami.






Hati Budi (HB) | Tautan Kasih (TK) | Ikatan Cinta (IC) | Jawi (JW) | Free Download!